ARTIKEL

Terengganu ikat Safawi?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TERENGGANU FC (TFC) telah memulakan langkah untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid pada jendela perpindahan kedua Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan kelab itu sudah bersedia untuk ‘mengikat’ Safawi.

Menurutnya, jika perancangan tersebut berjalan lancar, Safawi akan dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkuatkan jentera tengah dan serangan TFC.

“Tetapi kami tidak mahu melanggar sebarang prosedur (perpindahan) dan menyerahkan kepada pihak pengurusan JDT untuk membuat keputusan.

“Memang kami begitu berminat untuk menggunakan khidmatnya (Safawi), lebih-lebih lagi kami akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini.

“Kami sudah berusaha ke arah itu (mendapatkan Safawi) selepas dikhabarkan dia tidak begitu gembira dan selesa beraksi bersama kelab Ratchaburi FC “Jika tidak ada sebarang masalah, insya-Allah dia akan kembali beraksi dengan negeri kelahirannya (Terengganu) pada jendela perpindahan kedua nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Marang, Terengganu semalam.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang mengenai kepulangan Safawi ke tanah air dan TFC tidak mahu terlepas peluang untuk ‘menempah’ awal khidmat bekas pemain T-Team itu.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner turut mengakui berminat mendapatkan khidmat Safawi yang dianggapnya mampu memantapkan lagi jentera serangan skuad Penyu.

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik