ARTIKEL

TERHENTI SEKETIKA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERBEZA dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai perkembangan minda, impian dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan sesuatu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan.

Bersungguhsungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi. Bagaimanapun atas beberapa sebab, mungkin kerana keletihan atau motivasi atau mula terasa kerja ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika.

KELIRU

Bukan culas, mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi keseronokan, tidak bahagia tetapi bukan juga sedih kemurungan. 

Perasaan itu berada di tengah-tengah.

Tidak seteruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut.

Kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan, walaupun dengan separuh hati. Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti.

Perkara tersebut dijelaskan dan diceritakan melalui buku Penat tulisan Dr. Alizi Alias. Jelas buku tersebut, kita cuba mencari keseronokan melalui cheap dopamine seperti media sosial dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat.

Menonton video pendek di TikTok atau Instagram memberi keseronokan pantas, sehingga akhirnya sering kali berjamjam dihabiskan menghadap telefon pintar.

Apabila kembali ke dunia realiti, anda masih merasakan benda yang sama, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus. 

Sekiranya anda mengalami fasa ini, bermakna anda mengalami kelesuan atau languishing. Dr. Adam Grant menggambarkan kelesuan seperti anak yang terabai.

Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan individu hanya memberi fokus kepada isu penyakit mental — apabila didiagnosis mengalami penyakit mental, pesakit mesti mendapat ubat dan rawatan. Namun, fenomena kelesuan pula dilihat normal kerana ia dihadapi oleh semua orang.

Bagaimanapun, kelesuan boleh menjadi penyakit mental sekiranya tidak diendahkan. Sehubungan itu, penting bagi setiap individu mengenal pasti cara menangani masalah tersebut.

Penulis memulakan penulisannya dengan cara mencari kebahagiaan hidup. Realitinya, kebahagiaan yang dicari sebenarnya tidak jauh.

Ini kerana, definisi kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan bukannya orang lain.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengukur baju di badan sendiri bagi mendefinisikan kebahagiaan tersebut agar tidak memudaratkan emosi sendiri.

BUKAN LESU UPAYA

Kemudian, penulis juga menegaskan kelesuan serupa dengan fenomena lesu upaya atau terkenal dengan istilah burnout.

Pun begitu, ia berbeza dari segi punca dan tahap keterukan.

Misalnya fenomena lesu upaya hanya mempengaruhi prestasi kerja kerana ia berpunca daripada ketidakseimbangan antara skop kerja dan kelayakan atau kemahiran seseorang. Namun, kelesuan pula boleh mempengaruhi setiap aspek kehidupan.

Di samping itu, pihak organisasi atau majikan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Ia bertujuan agar pekerja mampu mencapai rutin harian yang lebih seimbang, iaitu kerjaya dan urusan peribadi. Selain majikan, individu di sekeliling juga mempengaruhi tahap kelesuan individu.

Penulis percaya dengan menjaga perhubungan terhadap individu di sekeliling kita, kita mampu mempengaruhi emosi mereka. Justeru, penting bagi individu mengalami kelesuan untuk mencapai emosi yang positif.

Bagaimanapun, emosi negatif juga penting bagi mengimbangkan emosi dalam diri. Terlebih emosi positif menzahirkan emosi positif toksik, iaitu pemikiran positif ke tahap ekstrem, kesannya memudaratkan individu tersebut serta individu di sekelilingnya.

Akhir sekali, penulis menegaskan untuk menghargai setiap kejayaan yang diperoleh walaupun kecil. Secara tidak langsung, kita lebih menghargai rutin dan kehidupan.

Buku Dr. Alizi Alias menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur, terutama mereka yang mengalami masalah mengurus emosi, tenaga dan tekanan dalam menempuh alam dewasa. Penulis juga menyelitkan kisah realiti, kisah nabi dan hadis bagi memastikan gaya penulisan ‘sampai’ ke hati pembaca.

LAIN-LAIN BERITA

Nawal Sufia menang tempat ketiga

PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu. Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan