ARTIKEL

Terima kasih Kerajaan Sarawak dan tentera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALAI RINGIN: Sebanyak 75 ketua isi rumah (KIR) Kampung Tuba di Dun Balai Ringin menerima bantuan barangan makanan yang dihantar menggunakan dua buah helikopter kelmarin.

Kampung Tuba, 80 kilometer dari pekan Balai Ringin dan separuh daripada jalan menuju ke kampung berkenaan melalui jalan kayu balak.

Penduduk kampung menarik nafas lega setelah menerima bantuan makanan daripada Kerajaan Sarawak setelah mengalami kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas.

Tuai Rumah Ngumbang Santok, 62, berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak terutamanya Dun Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan yang prihatin terhadap rakyat di kawasan pedalaman.

“Terima kasih juga kepada pihak tentera yang bertungkuslumus menghantar barang-barang keperluan kepada penduduk kampung di sini.

“Di bawah jagaan saya, enam buah keluarga tidak mendapat bekalan, tetapi atas kata sepakat bersama-sama tuai rumah yang lain kita berjaya mengagihkan bantuan kepada enam keluarga berkenaan dengan membuat cabut undi,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jelasnya, petugas kampung yang mengagihkan barangan makanan sanggup memberikan bantuan bekalan mereka dan akan mengambil semula di pusat kebajikan Balai Ringin.

Manakala, Salin Minggu, 61, berkata, bantuan daripada Kerajaan Sarawak meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi penduduk kampung yang jauh di kawasan pedalaman.

“Sebagai suri rumah, bantuan seperti ini amat diperlukan bagi menampung keperluan ahli keluarga yang ramai. “Sepanjang tempoh ini saya berharap rakyat terus patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya.

Jelasnya, mereka mempunyai sembilan ahli keluarga duduk dalam sebuah rumah amat bersyukur. Selain itu, Janetty Ganti Minggu, 54, amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerana dapat menambah baki bekalan makanan yang dibeli oleh anaknya yang dihantar bulan lepas.

“Walaupun isi rumah saya hanya bersama-sama suami sahaja dan anak-anak jauh tinggal di bandar, tetapi bantuan ini amat membantu meringankan beban. “Sebelum ini, anak-anak saya menghantar bekalan keperluan sebulan sekali, termasuk makanan, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana sekatan perjalanan. Oleh itu, bantuan seperti ini amat membantu,” katanya.

JANETTY GANTI MINGGU

 

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan