ARTIKEL

Terima kasih Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang.

Mempelopori bidang politik, bekas Yang diPertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak ini menekankan pentingnya politik pembangunan berpaksikan kesaksamaan. 

Berucap di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1991, Tun Taib pernah berkata; kerajaan pimpinan beliau mempunyai tanggungjawab memerangi isu perkauman yang dianggap seakan-akan barah.

Dalam ucapan Tun Taib menyempurnakan Regata Baram pada 2011, beliau menyeru masyarakat terus bekerjasama tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa, demi menikmati faedah pembangunan ketika Sarawak mula bergerak ke arah kemajuan ekonomi.

Allahyarham lahir dalam keluarga bangsawan pada 21 Mei 1936 di bandar Miri, Sarawak.

Dalam bidang akademik, beliau mendapat biasiswa Colombo Plan untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide Australia. 

LEGASI

Tun Taib menolak tawaran kerja menjadi hakim, dan sekembalinya beliau ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pendakwa raya. 

Tun Taib melakar sejarah dalam dunia politik Sarawak sebagai tokoh termuda mengangkat sumpah sebagai menteri pada 22 Julai 1963. 

Tun Taib dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat, pada 16 Mac 1981.

Hasil visi beliau, kadar kemiskinan di Sarawak berjaya dikurangkan daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja. 

Di bawah kepemimpinan Tun Taib, Sarawak mengalami perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 

Pernah menjadi Menteri Persekutuan, Tun Taib mampu menjalin perhubungan baik dengan Kerajaan Pusat sehingga beliau mudah meraih sokongan dan tenaga untuk membangun prasarana di Sarawak.

Tun Taib yang menitik berat kepentingan pendidikan berusaha membawa masuk penubuhan cawangan universiti Barat dan Australia di Sarawak.

Sepanjang pemerintahan, beliau mengimbangi antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Beliau turut menyokong perancangan bandar, perancangan sumber asli, perladangan skala besar dan pembangunan tanah adat (NCR).

Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang diperkenalkan pada 2008 bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.

KEHILANGAN BESAR Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari pada 21 dan 22 Februari sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, semua majlis rasmi yang melibatkan acara hiburan ditangguhkan.

“Bendera dikibarkan separuh tiang,” katanya menerusi notis ringkas kepada seluruh penjawat awam di Sarawak.

Abdul Taib, 87 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya di Kuala Lumpur pada 4.28 pagi Rabu.

Jenazah Allahyarham ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 8 pagi Khamis untuk penghormatan terakhir.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,