ARTIKEL

WONG SOON KOH

Terima kasih Tun Taib kerana mengabdikan hidup untuk Sarawak – Soon Koh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: “Terima kasih kerana telah mengabdikan seluruh hidup kepada rakyat Sarawak,” demikian kata Datuk Seri Wong Soon Koh mengenang pemergian Allahyarham bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata, tiada kata lain yang lebih baik untuk diungkapkan bagi menghargai jasa dan pengorbaban Allahyarham selain ucapan terima kasih.

Katanya, pemergian Allahyarham Tun Taib juga meninggalkan era yang tidak akan dapat dilupakan terutama sekali dalam sejarah dan pembangunan Sarawak.

“Allahyarham telah berjaya membentuk masyarakat yang dapat hidup bersatu padu dan harmoni tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

“Perkara tersebut juga sentiasa ditekankan kerana Allahyarham tidak mahu kita melupakan keperluan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat semasa mengejar kemajuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, selain sentiasa mengingatkan masyarakat untuk terus berfikir dengan teliti dan bijak mengenai masa hadapan, Allahyarham juga telah membawa perubahan besar terhadap ekonomi negeri ini.

Untuk rekod, Allahyarham Taib yang berketurunan Melanau dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936 telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.40 pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU