Terima kasih wartawan!

SIBU: Kerajaan mengiktiraf penat lelah pengamal media yang menjadi sebahagian tenaga menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,
pengamal media yang banyak melapor dasar kerajaan kepada rakyat dan memastikan pembangunan Sarawak sentiasa berada pada landasan yang betul.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wartawan di seluruh Sarawak yang melaksanakan tugas dengan baik,” katanya dalam ucapan yang dibaca oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Sri Sim Kui Hian.