Terima kasih Yb

SARIKEI: Kegembiraan terserlah pada wajah murid apabila menerima sumbangan pakaian sekolah percuma daripada ADUN N.45 Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii, semalam.

Sumbangan berupa pakaian seragam, kasut dan beg sekolah itu disalurkan melalui program Pembangunan Sahsiah Pelajar 2020.

Menurut wakilnya, Penghulu Huang Tiong Kang, sumbangan bertujuan meringankan beban ibu bapa membuat persiapan menjelang bermulanya persekolahan penggal pertama tahun depan.

“Pemberian pakaian seragam percuma itu merupakan sebahagian tanda keprihatian wakil rakyat ini dalam membantu ibu bapa terutama mereka yang kurang berkemampuan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mereka menerima sumbangan terdiri daripada murid yang layak dari beberapa buah sekolah di DUN N.45 Repok termasuk
Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Anglo- Chinese Sarikei, SK St Anne, SJK Kwang Chien, SJK St Martin, SJK Kiew Mang dan SJK Sze Lu.