ARTIKEL

Lukanisman semasa upacara perasmian Kursus Pengurusan Darah Pesakit Utara Sarawak yang pertama hari ini.

Terjejas hakisan, projek bina Klinik Kesihatan Long Lama dicadang pindah ke tapak baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Rundingan serta perancangan rapi dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat perlu diambil kira berhubung cadangan memindahkan tapak projek pembinaan Klinik Kesihatan Long Lama ke tapak baharu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, cadangan sedemikian dikemukakan susulan tapak asal klinik tersebut terjejas akibat hakisan tanah.

“Saya perlu berbincang dengan wakil rakyat setempat terlebih dahulu berkaitan cadangan sama ada bagi mengekalkan tapak klinik sedia ada atau melaksanakan kaedah pembangunan yang lebih baik dan komprehensif untuk klinik jenis tiga di Long Lama.

“Kita memerlukan tapak baharu sekiranya kesan hakisan tanah yang kini dalam proses pembaikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya tidak menemui jalan penyelesaian serta tidak selamat diduduki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status Klinik Kesihatan (KK) Long Lama selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Utara Sarawak yang pertama hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek pembinaan klinik interim di Long Lama diberi keutamaan bagi memenuhi keperluan segera dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada masyarakat.

“Projek pembinaan klinik interim bagi meneruskan pengoperasian KK Long Lama dilaksanakan pada tahun ini, dan kos pembinaannya dianggarkan lebih kurang di bawah RM1 juta.

“Ia dibina berdekatan Dewan Masyarakat Long Lama yang kini berfungsi sebagai klinik sementara bagi penduduk di kawasan berkenaan mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Klinik interim itu nanti dijangka mampu menampung perkhidmatan asas kepada KK Long Lama seperti makmal, Jabatan Pesakit Luar (OPD), Kesihatan Ibu dan Anak (MCH) serta farmasi,” jelasnya.

Terdahulu, KKM mengemukakan rancnagan membina klinik interim di Long Lama menggunakan kabin kontena, sementara menunggu kerja pembaikan di klinik sedia ada.

Buat masa sekarang, KK Long Lama beroperasi di dewan masyarakat kawasan berkenaan selepas klinik asalnya ditutup pada Julai 2020 akibat hakisan tanah yang menyebabkan kerosakan struktur pada bahagian bangunan.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.