Terjerat hutang? Dapatkan bantuan AKPK

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah membantu 32,349 orang menyelesaikan hutang mereka sepenuhnya berjumlah RM1.5 bilion melalui Program Pengurusan Hutang (DMP) sehingga 31 Januari 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Azaddin Ngah Tasir berkata sejak penubuhannya pada 2006, agensi itu memperluas khidmat nasihat kewangannya kepada lebih 1.2 juta orang, dan daripada jumlah itu, 345,000 daripada mereka telah mendaftar dengan Program Pengurusan Hutang (DMP).

“Daripada jumlah kes DMP, sebanyak 13.7 peratus atau kira-kira 45,000 merupakan golongan muda di bawah umur 30 tahun,” katanya pada majlis penyampaian hadiah dan penutup Kembara Bijak Wang (KBW) AKPK-HSBC 2020 (KBW2020) semalam.

Dilancarkan pada November tahun lepas, KBW2020 merupakan program kerjasama dengan HSBC Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan institusi pengajian tinggi lain untuk melibatkan pelajar pengajian tinggi dalam pendidikan kewangan melalui pelbagai aktiviti yang menarik.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

Suara Sarawak