ARTIKEL

Terkesan kenaikan kos haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kenaikan kos mengerjakan ibadat haji pada 2024 yang dijangka meningkat sepertimana tahun sebelumnya perlu diterima memandangkan situasi berkenaan tidak hanya memberi kesan kepada umat Islam di negara ini, malah seluruh dunia.


Peningkatan tersebut yang dianggarkan mencecah sehingga 11 peratus seperti diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dapat dielakkan berdasarkan situasi ekonomi semasa dunia, pasca-Covid-19 serta peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 15 peratus yang dilaksanakan Arab Saudi.


Ini bermakna, kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023) dan RM28,632 pada tahun sebelumnya (2022).


Negara jiran seperti Thailand dan Indonesia tidak terkecuali menerima kesan yang sama, malah keadaan ini dijangka turut memberi kesan ke atas jumlah jemaah yang mendaftar untuk musim haji akan datang.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim