Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Terkini: Mayat lelaki tergelincir semasa mandi di sungai dijumpai tengah hari tadi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang lelaki lemas selepas tergelincir semasa mandi di sungai di Batu 23, Jalan Lama Kuching-Serian berdekatan dengan Loji Air Siburan pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Unjar Lum berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Bonnie Kota,31 telah dijumpai pada jam 12.30 tengah hari tadi oleh Unit PPDA Bomba

“Unit PPDA Bomba melakukan selaman dan pencarian di sekitar radius 15 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh dan berjaya menjumpai mangsa.

“Mangsa hanyut dalam lingkungan tujuh meter selepas terjatuh pada kedalaman air tujuh kaki,” katanya

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan kekuatan enam anggota yang diketuai oleh Jude Reiny bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.44 pagi.

Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa

 

Mangsa dijumpai di lokasi bertanda bulatan merah….anak panah tempat mangsa tergelincir

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang