MESIR: Kemeriahan Hari Raya Aidiladha di Mesir hari ini memenuhi masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha sehingga di bahu jalan.
Situasi ini dirakam pelajar Sarawak di Mesir apabila meraikan Aidiladha bersama-sama Persatuan Anak Kenyalang Mesir (Pakem).
Menurut Muhamad Nur Irfan, 21, solat sunat Aidiladha dilakukan secara berjemaah pada 6.20 pagi waktu Mesir atau 11.20 pagi waktu Malaysia dan aktiviti korban dilakukan sekitar 12.20 tengah hari waktu Malaysia.




Ujar Irfan, tiga daripada 13 ekor kambing daripada Pakem disembelih oleh Pakem sendiri dan selebihnya diberi kepada penduduk Arab untuk disembelihkan bagi pihak mereka.
Irfan juga meluahkan keterujaannya kerana mempunyai peluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di Mesir dan melihat ibadah korban oleh masyarakat Arab.
-TAMAT-