Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Terlibat judi dalam talian, wanita warga asing dipenjara 5 bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana terlibat dalam aktiviti judi dalam talian.

Majistret Siti Farah Ibrahim menjatuhkan hukuman terhadap Anju Lestari, 31, dari Selakau, Indonesia selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 17 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di sebuah premis makan di Kota Sentosa, kira-kira jam 8.20 malam, 17 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin judi dan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah kedai makan di Lorong Liu Shan Bang, Kota Sentosa kerana dipercayai terdapat aktiviti judi dalam talian.

Hasil pemeriksaan menjumpai beberapa barang yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti judi dalam talian dan barang-barang kes turut dirampas seperti meja lipat(dua unit), kerusi plastik(lapan unit), televisyen(2 unit), telefon pintar(5 unit), lapan batang kayu ria, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM240.

Selain itu, seorang wanita warga Indonesia (tertuduh) yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditangkap dengan tiga orang lagi pelanggan yang lain.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pakar judi mendapati barang kes merupakan mesin judi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana masuk ke negara ini tanpa permit perjalanan yang sah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) Akta yang sama.

Hakim Afidah Abdul Rahman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 17 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff dan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan