Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Terlibat pelacuran, wanita warga asing didenda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman didenda RM2,200 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Tertuduh Tran Thi Huyen, 33, merupakan warga Vietnam mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, tertuduh memohon agar hukuman diringankan kerana mempunyai seorang anak yang perlu dijaga hasil daripada perkahwinan dengan warga tempatan serta suaminya seorang penganggur.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis berjaya menahan seorang wanita warga Vietnam dalam bilik sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock sekitar 8.30 malam pada 3 Januari lalu kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Semasa tangkapan, barang-barang kes seperti sekeping kondom, wang tunai berjumlah RM250, kunci bilik, dan resit pembayaran bilik hotel turut dirampas.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru