ARTIKEL

Gambar hiasan/Bernama

Teroka bakat baharu terjun melalui program atlet muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) akan memperkenalkan program atlet muda (fast track) bagi mengenal pasti penerjun berpotensi di bawah umur 11 tahun untuk menjalani latihan secara sepenuh masa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

MAS, dalam satu kenyataan, memaklumkan, program tersebut merupakan salah satu daripada lima komponen terkandung dalam pelan pemulihan sukan terjun yang diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Terjun, Khamis lepas, sebagai usaha memulihkan prestasi sukan tersebut susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, baru-baru ini.

Menurut MAS, seramai 16 penerjun iaitu lapan lelaki dan perempuan bawah umur 11 tahun akan dipilih oleh Institut Sukan Negara (ISN) dalam masa terdekat menerusi beberapa proses seperti mengenal pasti bakat, kem pemilihan serta ujian penilaian.

Kumpulan tersebut akan diletakkan di bawah pengawasan dua jurulatih sepenuh masa untuk pendedahan latihan dan penyertaan kejohanan lebih teratur di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Kumpulan atlet ini disasarkan akan bertanding secara kompetitif pada tahun 2026, bermula dengan penyertaan di peringkat remaja kebangsaan, Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga beberapa kejohanan antarabangsa yang dipilih.

Baca lain  Kuching City FC ikat Khairul Azman sebagai jurulatih penjaga gol

“Sasaran pencapaian pingat bermula seawal umur 16 tahun di peringkat Sukan SEA dan Kejohanan Remaja Dunia dengan penyertaan secara merit dan bersaing untuk pingat pada Temasya Sukan Olimpik Brisbane 2032 pada usia 19 tahun,” menurut MAS semalam.

MAS turut mengenal pasti empat negeri berpotensi untuk dijadikan pusat latihan utama bagi memulakan program latihan lebih komprehensif.

Fokus utama dalam program pembangunan bakat negeri adalah menambah baik kemudahan dan fasiliti ‘dry gym’ serta penyediaan perkhidmatan awalan sains sukan dan perubatan sukan di peringkat negeri.

Selain itu, penstrukturan semula kejurulatihan turut dilaksanakan dalam pelan tersebut dengan cadangan tiga jurulatih untuk 13 atlet Program Podium, tiga jurulatih untuk 15 atlet Program Pelapis serta dua jurulatih masing-masing untuk program atlet muda dan program di setiap negeri.

Sementara itu, program latihan bagi persiapan ke temasya sukan termasuk Sukan SEA 2025, Sukan Asia 2026 dan Sukan Olimpik 2028 juga akan disusun semula dengan penetapan darjah kesukaran bersesuaian di setiap temasya.

Baca lain  Liga Premier 2021: SU FC masih berpeluang untuk juara

“MAS juga akan memberi penekanan dalam memperkenalkan markah kelayakan minimum (MQS) pada beberapa kejohanan pemilihan dan kejohanan tempatan ditetapkan bagi memilih atlet ke sesuatu pertandingan dan temasya sukan utama.

“MQS bagi atlet pelapis adalah minimum ranking ke-24, manakala MQS bagi atlet podium adalah sekurang-kurangnya ranking ke-12,” tambahnya. – Bernama

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,