ARTIKEL

Teroka industri makanan di dalam tin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Industri perikanan dan nelayan disarankan untuk menerokai industri makanan di dalam tin.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, mereka tidak boleh menangkap ikan secara berlebihan demi mengaut keuntungan besar kerana ini merosakkan keseluruhan ekologi marin sekali gus membawa kepada kehabisan tangkapan pada masa depan.

Beliau mengatakan dengan mengawet hasil dan menjadikannya sebagai makanan di dalam tin, berpotensi membuka sumber pendapatan dengan mengeksport produk ke negara lain yang mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi.

“Dengan menerokai sektor hiliran untuk meningkatkan pendapatan sudah pasti ia memberi impak besar dari bergantung cara tradisional,” kata beliau berucap menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) di sini.

Tiong berkata, Sarawak mempunyai garis pantai lebih 1,000 kilometer, kawasan seluas 18.6 juta hektar dan terdapat ekologi marin yang kaya.

Rentetan dengan kekayaan sumber tersebut, Ahli Parlimen Bintulu itu mengingatkan pemain industri perikanan supaya tidak mengabaikan ekologi mapan lautan.

“Nelayan mesti berdikari termasuk meningkatkan saluran jualan mereka untuk beberapa ikan laut dalam yang bernilai tinggi di pasaran tempatan.

“Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai subsidi membantu nelayan tetapi subsidi sehala bukan penyelesaian jangka panjang kepada masalah mereka,” tegas ADUN Dudong itu.

Sementara itu, Tiong menggalakkan industri tersebut mengekalkan hubungan mesra dan bekerjasama yang saling menguntungkan dengan jabatan kerajaan khususnya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Berbincanglah dengan mereka cara menyelesaikan masalah perdagangan di laut sebelum hasil tangkapan sampai ke pantai, ujar beliau.

“Saya mendapati nelayan menangkap banyak ikan bernilai tinggi dan berkualiti tinggi di perairan Sarawak tetapi yang sering diedarkan di pasaran tempatan adalah ikan yang nilainya agak sederhana dan berkualiti.

“Ini kerana kebanyakan bot nelayan menangkap ikan berkualiti tinggi apabila beroperasi di laut terbuka dan hasil tangkapan berkualiti tinggi sudah dijual di laut melalui saluran lain manakala ikan agak murah dijual ke pasar atau restoran tempatan selepas bot nelayan berlabuh,” ujar beliau.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Wong Ching Yong dan Pengerusi SFVA Harry Tan.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah