ARTIKEL

Teroka kecerdasan buatan, aplikasikan teknologi tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua sektor di Sarawak harus mengaplikasikan teknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) atau teknologi autonomi bagi meningkatkan dan mengatasi kekurangan kapasiti dalam pelbagai industri di negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata menerusi perubahan teknologi terkini yang digunakan di China, Sarawak harus belajar dari negara tersebut apabila kebanyakan industri di sana telah beralih kepada penggunaan teknologi autonomi.

“Penting bagi rakyat Sarawak mengakui kemajuan teknologi yang pesat melampaui skop Revolusi Industri Keempat 4.0 ketika ini sedang mengubah semua sektor.

“Malah China juga sudah menyaksikan pengaplikasian operasi jentera dan peralatannya tanpa pemandu menggunakan teknologi autonomi dan Sarawak juga bakal mengalami perubahan serupa tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan syarikat besar yang membekalkan peralatan dan jentera berkualiti tinggi dari China, Zoomlion di Pusat Perkhidmatan Edaran HS Ngee Hong di Siburan di sini, Rabu.

Mengulas lanjut kata Dr Sim, meskipun Sarawak mungkin tidak mempunyai sumber tenaga manusia yang sama seperti China, pengaplikasian teknologi tersebut turut memberi impak positif sekiranya Sarawak mengamalkan teknologi berkenaan.

Disebabkan itu Dr Sim menekankan penerapan teknologi berkenaan amat penting susulan pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur yang sedang berlangsung dan akan dilaksanakan di Sarawak sehingga 2030.

“Seperti yang dinyatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak menghadapi masalah kapasiti walaupun keadaan kewangan negeri ini yang kukuh.

Disebabkan itu terdapat projek terbengkalai kerana kekurangan kapasiti.

“Walaupun Sarawak sebelum ini menghadapi masalah berkaitan pembiayaan dan ketersediaan projek, situasinya kini telah berubah kerana kita mempunyai banyak projek tetapi kekurangan kapasiti.

‘’Justeru, usaha proaktif harus dilakukan untuk memperkukuh modal insan yang memenuhi permintaan kemahiran masa depan dan bersedia menghadapi cabaran yang akan datang,’’ ujarnya.

Pada masa sama, beliau menggesa generasi muda agar mengambil langkah untuk menceburi diri dalam bidang ekonomi hijau seiring usaha Kerajaan Sarawak untuk mengelakkan mereka terlepas peluang dalam bidang yang berpotensi besar tersebut.

Jika tidak, boleh berlaku ketidaksepadanan peluang disebabkan meskipun mempunyai pelbagai pekerjaan baharu tetapi rakyat tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang berkenaan, jelas beliau lagi.

‘’Walaupun adanya teknologi autonomi atau peralatan dan jentera teknologi tinggi, mekanik juga diperlukan untuk menyelenggara malah, mengambil kira pengeluaran hidrogen di Sarawak untuk pasaran, teknologi tersebut amat diperlukan disebabkan kesesuaian hidrogen untuk jentera berat,’’ katanya.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Hong Seng Datuk Seri Teoh Hai Hin, Timbalan Pengurus Besar Zoomlion Earthmoving Machinery Marketing Corporation Zhang Jian, dan Pengarah Eksekutif Edaran HS Ngee Hong Tan Sri Yee Ming Sing.

Untuk rekod, teknologi autonomi merupakan pembangunan kenderaan dikoordinasi menggunakan teknologi selain membolehkan kenderaan ataupun jentera dikemudi tanpa pemandu dan dikawal selia menggunakan teknologi pengkomputeran.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU