ARTIKEL

Teroka teknologi baharu untuk pelbagai sumber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang menerokai penggunaan teknologi baharu dalam mempelbagaikan sumber tenaga negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan meneroka secara lanjut sumber tenaga boleh diperbaharui termasuk hidro, solar, hidro solar dan gas turbin.

Mengambil kira kejayaan Shell dalam menjana tenaga solar hibrid untuk platform TIMI di pesisir laut, beliau berkata, Kerajaan Sarawak juga berhasrat untuk menghasilkan tenaga hibrid yang menggunakan angin dan suria.

“Saya telah meminta saintis kita untuk memikirkan membangunkan bilah ringan yang boleh memutar bilah dan turbin.

“Ini telah dilakukan dan kita meneroka kemungkinan baharu dalam teknologi angin. Maka dengan itu kita boleh mempunyai bilah turbin luar pesisir yang tersendiri dan membawa tenaga terus ke darat dan dibekalkan oleh SEB,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SEB, di sini malam tadi.

Selain itu katanya, simpanan gas yang terdapat di kawasan pesisir laut negeri ini juga boleh dimanfaatkan sebagai tenaga baharu yang dijana menerusi pusaran turbin oleh gas terbabit.

Justeru itu, dengan adanya sumber tersebut, Abang Johari berkata, ia bermakna Sarawak mempunyai jaminan tenaga yang boleh dihasilkan.

Di samping katanya, tenaga tersebut boleh dikongsikan kepada negara jiran sekali gus mencapai objektif SEB sebagai pembekal tenaga yang dominan di Borneo.

Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Utilit dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi serta timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang, Menteri pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan
Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datu Sharbini Suhaili.

Abang Johari berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SEB, di sini malam
RIANG RAYA….Abang Johari turut serta bergambar bersama-sama kakitangan SEB pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SEB, di sini malam tadi.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU