Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Terpedaya gaji lumayan di luar negara, Tiong bawa pulang wanita Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tiong bersama wanita dari Bintulu yang berjaya diselamatkan daripada diperdagangkan di Thailand.
Tiong bersama wanita dari Bintulu yang berjaya diselamatkan daripada diperdagangkan di Thailand.

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, berjaya membantu memudahkan kepulangan seorang rakyat Sarawak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan tawaran kerja di luar negara.

Tiong, yang telah pergi ke Thailand untuk membantu wanita dari Bintulu itu berkata, wanita tersebut terpikat dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji yang lumayan, dan berharap gaji tersebut dapat membantu memperbaiki keadaan ekonomi keluarganya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Parti Demokratik Progresif (PDP) hari ini, beliau berkata, wanita itu selamat tiba di Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan akan dibawa pulang ke Bintulu dalam masa terdekat.

Meneruskan perkongsian, Tiong mendedahkan bahawa wanita ini menyangka telah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur namun sangkaannya meleset selepas ditipu sekumpulan penjenayah yang mengatakan bahawa dia dibawa bekerja di Thailand.

“Seterusnya semasa dalam penerbangan, mangsa mendapati pesawat yang dinaikinya itu menuju ke Laos.

“Selepas tinggal di Laos selama beberapa bulan, kumpulan penjenayah terbabit merancang menggunakan jalan tikus bagi mengatur gerak kerja haram mereka,” katanya.

Tambah Tiong, wanita malang itu kemudian diseludup ke Thailand sementara menunggu dibawa masuk ke destinasi terakhir, Myanmar.

Bagaimanapun, ketika berada di Thailand, mangsa berjaya melarikan diri dan berjaya mendapatkan bantuan.

Tiong, yang juga Adun Dudong berkata keluarga mangsa telah menghubunginya dan beliau telah berangkat ke Thailand pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, Tiong berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Thailand, Jabatan Imigresen, pasukan tentera dan polis di negara terbabit kerana membantu usaha menyelamatkan wanita malang itu.

Beliau berharap insiden tersebut dapat membuka mata rakyat Malaysia dan tidak berulang kembali.

“Saya sedar semua orang ketika ini sedang berusaha untuk mengukuhkan kembali ekonomi masing-masing.

“Namun kita harus bijak membezakan antara yang baik dan buruk. ‘Jangan mudah terperdaya dengan iklan jawatan kosong atau pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di luar negara kerana itu antara taktik penipuan,” tegas Tiong.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru