ARTIKEL

polis

Terpedaya komisyen lumayan, jurujual rugi RM43,150

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seorang wanita tempatan mengalami kerugian sebanyak RM43,150 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen tinggi .

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, wanita tersebut berusia dalam lingkungan 20-an, bekerja sebagai jurujual produk.

“Pada 26 September lalu, mangsa telah menerima pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp dan berminat untuk mendapatkan tawaran kerja sambilan yang dijanjikan komisen sebanyak lima kali ganda.

“Mangsa kemudiannya terus berhubung dengan suspek di aplikasi Telegram dan menyerahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank serta nombor telefon.

“Suspek juga telah memberikan pautan jualan barang dan mengarahkan mangsa untuk menyelesaikan 34 tugasan dengan menekan simbol ‘like’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa juga dikehendaki membuat pembayaran barangan ke nombor akaun yang diberikan oleh suspek bagi barangan yang di ‘like’ nya sendiri.

“Mangsa menurut semua arahan suspek dengan membuat pindahan wang bagi mendapatkan komisen yang dijanjikan.

“Dari tempoh 28 hingga 29 Oktober lalu, mangsa telah membuat 17 kali pindahan wang ke dalam tujuh akaun bank tempatan bagi tujuan melengkapkan tugasannya untuk mendapatkan komisen tersebut.

“Mangsa juga dimaklumkan komisen akan dikreditkan ke dalam akaunnya dalam tempoh dua hingga tiga jam.

“Namun, sehingga laporan dibuat pada 31 Oktober, mangsa tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan dan menyedari dirinya ditipu,” jelasnya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah Zulkipli, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Orang ramai hendaklah membuat semakan terperinci dengan syarikat atau agensi berkaitan sebelum memohon atau menerima tawaran kerja yang meragukan,” katanya lagi.

Justeru, sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, layari Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM dan membuat semakan pengesahan akaun bank serta nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim