ARTIKEL

Terpedaya pelaburan bitcoin: Peniaga Sibu rugi lebih RM130,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang peniaga warga emas mengalami kerugian RM132,330 akibat terperdaya dengan pelaburan bitcoin menerusi platform dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata lelaki warga tempatan berusia 60-an itu telah tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas menerima mesej serta tawaran daripada individu dikenali JingYun Shu melalui Facebook pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu serta belajar pelaburan bitcoin daripada individu dikenali sebagai Small Strawberry secara dalam talian.

“Mangsa dijanjikan mendapat keuntungan selepas tiga hingga empat jam pendepositan wang pertama dilakukan dalam aplikasi Ddex.

“Sepanjang awal hingga penghujung November lepas, mangsa melakukan 22 transaksi wang secara dalam talian ke empat akaun bank yang berbeza-beza melibatkan jumlah keseluruhan RM132,330,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mancha berkata, mangsa dimaklumkan bahawa hasil keuntungan pelaburan tersebut dibayar menggunakan dolar Amerika Syarikat.

“Mangsa hanya mendapat keuntungan sebanyak RM400, namun keuntungan itu dikreditkan ke akaun Ddex dan tidak dapat dikeluarkan kerana mangsa perlu membuat pembayaran deposit atau jaminan terlebih dahulu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan