ARTIKEL

Gambar Hiasan

Terpedaya tawaran kerja dan pinjaman wang dalam talian, wanita rugi RM34,206

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran nasib yang menimpa seorang penjawat wanita di sini yang mengalami kerugian RM34,206 setelah terpedaya dengan tawaran pekerjaan dan pinjaman wang yang tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya hari ini (Isnin) berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis yang dibuat oleh mangsa berhubung kes tersebut, semalam (3 September).

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 30-an berhubung kejadian tersebut” jelas beliau.

Bagi tujuan menyempurnakan tugasan yang diberikan untuk mendapatkan komisen jualan katanya, mangsa memerlukan wang tambahan untuk menyelesaikan tugasan.

“Memandangkan mangsa tidak mempunyai wang yang cukup, mangsa telah membuat satu pinjaman secara dalam talian melalui Google.

“Pada 2 September 2023 mangsa telah menekan pautan melalui aplikasi Google berkenaan pinjaman wang atas nama Syarikat Hasil Mahamas Credit Sdn Bhd.

Beliau berkata, bermula dari tempoh 28 Ogos sehingga 2 September tahun ini, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak empat kali transaksi berjumlah RM34,206.00 ke dalam empat akaun yang berlainan dan dijanjikan akan menerima komisen bagi setiap pembayaran kerja yang dilakukan.

Namun sehingga laporan dibuat, ujarnya lagi, mangsa tidak menerima komisen dan pinjaman wang yang dijanjikan dan sedari telah tertipu.

“Susulan dari laporan yang dibuat, polis telah membuka satu kertas siasatan dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegas Zulkipli.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di