Terperangkap ketika cari emas

BAU: Seorang tertimbus manakala dua lagi individu terperangkap di dalam lubang ketika mencari emas di Gunung Tabai, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem berkata kejadian dilaporkan pada jam 9.10 pagi tadi, dan operasi menyelamat kesemua mangsa sedang dijalankan.

“Maklumat awal mengatakan seorang telah tertimbus di dalam lubang manakala dua orang lagi masih terperangkap di dalam lubang. “Lubang yang dimaksudkan ialah untuk menggali dan mencari emas dan tempat tersebut adalah kawasan larangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, hanya seorang daripada mangsa sudah dikenal pasti iaitu lelaki berusia 25 tahun manakala dua lagi mangsa belum diketahui identiti mereka.

Pada jam 11.20 pagi, komander operasi melaporkan anggota operasi ternampak tangan di dalam lubang tersebut.

Anggota JBPM meninjau kawasan kejadian

 

Berbincang tindakan lanjut

Suara Sarawak