Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Terselamat meskipun pikap terbalik kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Seorang lelaki terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila pikap yang dipandunya terbabas dan terbalik berhampiran Jambatan Sungai Raan di Bakam, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, ketika lelaki terbabit yang memandu bersendirian dalam perjalanan ke Batu Niah.

Menurut penghuni sebuah rumah berhampiran tempat kejadian yang hanya dikenali sebagai Rahmah, mereka sekeluarga terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat kereta itu terbalik.

“Kereta itu sarat dengan muatan baja dan racun perosak,” katanya yang ditemu-bual.

Difahamkan, pemandu terbabit yang terperangkap di dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung yang bergegas ke tempat kejadian, dengan memecahkan cermin tingkap kenderaan tersebut.

Pikap yang terbalik berhampiran Jambatan Sungai Raan di Bakam, Miri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa