ARTIKEL

Terserah kepada Presiden PBB untuk terima Willie – Sagah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Sagah bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Tapak Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di sini, hari ini (Alif Noni)

KOTA SAMARAHAN: Terserah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menerima atau menolak permohonan Datuk Willie Mongin dalam menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Naib presiden PBB itu berkata ia juga terpulang kepada Abang Johari selaku Presiden Parti adakah mahu membenarkan Willie mempertahankan kerusi parlimennya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya beliau diterima menyertai PBB.

Bagaimanapun, Sagah enggan memberi sebarang kenyataan lanjut berhubung perkembangan permohonan Willie bagi mengelak sebarang spekulasi dibuat mengenai perkara itu.

“Ia terpulang kepada Premier Sarawak sendiri untuk meletakkan sesiapa sahaja yang beliau minta untuk bertanding.  Ia bukan di bawah bidang kuasa saya. Mungkin saya juga boleh kata saya mahu bertanding juga,” kata Sagah secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Penyerahan Tapak Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Sagah berkata beliau hanya mengetahui permohonan Willie tersebut melalui laporan media.

“Kami tidak dimaklumkan mengenai permohonan beliau sehingga saya melihatnya menerusi laporan media,”ujarnya.

Bercakap bagi pihak masyarakat Bidayuh di bawah kerusi parlimen Puncak Borneo, Sagah menegaskan masyarakat ini juga perlu dirujuk sebelum keputusan dibuat mengenai pemilihan Willie.

“Saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri…saya bercakap untuk masyarakat.  Saya tidak tahu lagi apa pandangan masyarakat mengenai permohonan Willie untuk menyertai PBB,” tambahnya.

Selain itu, Sagah juga tidak menafikan bahawa Willie pernah berkempen untuknya pada pilihan raya negeri yang lalu di kalangan pengundi Puncak Borneo dan ahli PBB yang lain.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu tidak boleh disifatkan datang daripada usaha Willie kerana ia adalah usaha yang kolektif.

Parlimen Puncak Borneo merangkumi Dun Tarat, Serembu dan Mambong.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan