ARTIKEL

Tersesat setelah rawatan dialisis di Hospital Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sesat selepas mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Sarikei semalam ditemui oleh orang awam jam 3 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Wong Kiing Ping, 71 dilaporkan hilang oleh anak perempuannya, Wong Ging Yieng semalam.

“Pada jam 3 petang, anak mangsa telah dihubungi oleh orang awam dan memaklum telah menjumpai ayahnya di Tanjung Kunyit,Paradom.

“Anak mangsa ke lokasi untuk membuat pengesahan,” kata Ketua BBP Sarikei Mahmudin Narudin.

Tedahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dengan kekuatan empat anggota mengaktifkan usaha pencarian yang memasuki hari kedua hari ini setelah menerima laporan tebabit.

“Mangsa dikatakan telah memandu kenderaan persendirian no. pendaftaran 6D 8374 dan dimaklum oleh pelapor bahawa mangsa sesat di sebuah ladang dan tidak tahu jalan pulang.

Tambahnya operasi pencarian dibantu oleh pihak PDRM, ahli keluarga mangsa dan orang kampung.

-tamat-

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Mei 2021

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU