ARTIKEL

Tersilap bayar gaji dua kali ganda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ZURICH: Kira-kira 30,000 pekerja perbandaran Zurich telah dibayar gaji Februari mereka dua kali ekoran masalah komputer, dengan ramai yang melihat ia sebagai sisi lucu kota itu meskipun terpaksa membayar balik wang yang terlebih bayar itu.

Kakitangan telah dibayar dua kali pada 27 Februari lalu “disebabkan kesilapan pemprosesan teknikal”, kata jabatan kewangan bandar raya itu dalam satu kenyataan, mengenai kesilapan yang menyaksikan perbelanjaan tambahan 175 juta franc Swiss (AS$200 juta) telah dikeluarkan.

Zurich Cantonal Bank, yang mencetuskan kesilapan pembayaran dua kali itu, telah memohon maaf.

“Pekerja bandar Zurich diwajibkan membayar balik jumlah yang silap dibayar itu,” kata jabatan kewangan.

“Bank sedang bekerjasama dengan bandar raya Zurich mengenai cadangan penyelesaian untuk pembayaran balik mudah bagi jumlah yang dibayar dua kali.”

Masalah itu timbul disebabkan ralat pada perisian daripada pembekal kepada pengendali telekomunikasi Swisscom.

“Swisscom menyedari kejadian ini dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya sambil menambah ia sedang menjalankan siasatan.

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU