ARTIKEL

Terus bawa manfaat, pembangunan untuk penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang menzahirkan penghargaan kepada penduduk yang menyokong dan memberi keupayaan kepadanya untuk membawa lebih banyak manfaat serta kebaikan di kawasan tersebut.

“Saya akan terus berusaha untuk memberi kebahagiaan dan menggesa penduduk supaya memberi sokongan teguh kepada individu yang benar-benar memberikan sumbangan serta khidmat kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, kita juga mempunyai tiga projek Rancangan Transformasi Bandar dan Luar Bandar yang telah siap.

“Projek-projek ini merangkumi pembesaran dan penambahan lampu di kawasan tempat letak kereta gereja St. Anthony, peningkatan jalan dari Pujut 1B ke gereja dan kemas kini Dewan Komuniti yang terletak di sebelah gereja,” katanya.

Menurutnya, dua daripada projek ini masing-masing menerima RM150,000 dan satu projek lagi RM200,000 di bawah bantuannya untuk tujuan peningkatan dan pembinaan.

Dengan adanya projek-projek ini, ia memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar terutamanya semasa perayaan Hari Gawai ini.

Jalan di kawasan tersebut juga telah dinaik taraf bukan sahaja dari segi lebar, malah sistem pengaliran yang baik turut dilakukan dan ini memberi kepuasan kepada orang ramai.

Dalam masa sama, beliau turut meraikan Majlis Pra Gawai bersama penduduk tempatan di Gereja St. Anthony, di Pujut Corner.

Majlis berjalan dengan lancar dan beliau turut berkesempatan memotong pokok pisang dihiasi dengan pelbagai jenis makanan dan barang, dijadikan lambang hasil yang melimpah. Manakala pemotongan tersebut melambangkan penuaian.

RAKAM KENANGAN…Adam Yii (tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir dalam Majlis Pra Gawai di Pujut Corner.
BERAMAH MESRA….Adam Yii turut menyantuni penduduk sekitar yang menghadiri majlis tersebut.

BERITA LAIN

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Manchester City juara lagi

PENYANDANG juara Manchester City mencipta sejarah kejohanan teratas bola sepak England apabila mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut. Kejayaan diraih anak

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18