ARTIKEL

Terus lindungi kedaulatan Laut China Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Malaysia harus terus melindungi kedaulatan perairan negara dan memastikan aktiviti cari gali minyak di kawasan Laut China Selatan dikekalkan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, usaha itu juga bagi menjamin keselamatan negara khususnya Sarawak daripada ancaman luar.

“Kawasan yang menjadi perhatian Kerajaan Sarawak ialah perairan yang menjadi pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang merupakan kawasan kaya dengan sumber.

“Saya amat percaya bahawa kita harus melindungi kedaulatan kita dan memastikan kesinambungan aktiviti minyak dan gas oleh Petronas. Ini mesti dikekalkan demi kepentingan negara dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia sedia berunding dengan negara China berhubung sebarang pertikaian dan tuntutan bertindih wilayah di Laut China Selatan.

Tambah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, beliau turut menyokong pendirian Perdana Menteri yang menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan China.

“Saya juga yakin Malaysia melalui Kementerian Luar akan mengambil langkah konstruktif dan bertindak demi kepentingan negara,” ujarnya.

Daripada sudut geografi, Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Malaysia.

Terdahulu, Anwar dalam temu bual dengan China Daily, semasa lawatannya ke China minggu lalu menegaskan tiada penyelesaian mudah bagi tuntutan bertindih wilayah di Laut China Selatan tetapi masalah itu bukanlah satu yang tidak dapat diatasi selagi ada ruang dialog.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU