Trending

Terusan gergasi Batang Samarahan-Batang Sadong atasi banjir kawasan pedalaman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Sebuah terusan besar menghubungkan sungai Batang Samarahan dan Batang Sadong dianggarkan bernilai RM300 juta kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2026.

Pengerusi Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terusan tersebut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan pedalaman dan bahagian ulu Samarahan sekiranya berlaku bencana hujan lebat.

“Pembinaan mitigasi banjir iaitu satu terusan besar lebih kurang 30 meter lebar hasil perancangan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) sedang dibina bagi mengatasi masalah banjir yang dikesan berpunca dari kawasan pedalaman.

“Dengan adanya terusan di antara dua sungai (Batang Samarahan dan Batang Sadong) ini, air lebihan hujan lebat akan memasuki terusan dan keluar ke kedua-dua batang sungai terbabit.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Asajaya 2023 di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Menurut Karim, projek tersebut dilaksanakan oleh agensi pelaksana IRSDA bersama-sama agensi kerajaan berkaitan yang dijangka mengambil tempoh penyiapan dua hingga ke tiga tahun.

Jelas beliau, lokasi permulaan projek terletak di kawasan tebatan banjir Samarahan dengan membabitkan hampir 30 buah jentolak sedang beroperasi.

“Pada masa ini projek sedang dijalankan mengikut dua pakej yang telah dibahagikan kepada dua kontraktor masing-masing berjumlah RM150 juta,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru