ARTIKEL

Teruskan legasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Katanya, mereka meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham dalam menjaga kebajikan kakitangan serta menyumbang kepada masyarakat.

“Allahyarham Tan Sri Bujang Nor menerajui syarikat ini sejak penubuhannya pada 28 tahun lalu.

“Allahyarham bukan sahaja pemimpin yang berkaliber, malah beliau dermawan yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja dan menyumbang kepada masyarakat sama ada dalam pendidikan, kesihatan atau pembangunan masyarakat,” katanya.

BERJUMPA SELEBRITI

Dalam program tersebut, pengunjung hadir seawal 10 pagi untuk menyertai program berjumpa selebriti tanah air.

Ia menampilkan artis jemputan tempatan dan nasional seperti Sufi an Suhaimi, Marsha Milan, Nabila Razali, Knowno dan ramai lagi.

Penyampai CATS turut menghiburkan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang berswafoto bersamasama selebriti radio kegemaran mereka.

Ruang lega The Hills dipenuhi pengunjung yang datang untuk menyaksikan persembahan bertenaga daripada artis yang hadir bagi memeriahkan program berkenaan.

Suara Sarawak sempat bersua muka menemu bual artis kelahiran Sabah, Marsha Milan Londoh, soal perkembangan terkini.

Menurutnya, dia kini dalam persiapan akhir bagi Anugerah Juara Lagu Ke-38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpu, pada 3 Mac depan.

“Ketika ini persiapan menjurus kepada penggunaan pentas, persembahan dan sebagainya.

“Sudah tentu persediaan dari segi vokal adalah perkara paling utama, latihan sentiasa dilakukan dengan hadir ke kelas vokal,” katanya.

Kata Marsha ia merupakan penampilan ketiganya di pentas akhir AJL, malah dia menyifatkan ia bukan perkara mudah untuk mengekalkan momentum dalam pertandingan besar.

“Tidak dinafi kan tekanan itu ada, namun pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk jadi lebih matang dalam pertandingan di pentas besar.

“Sebab itu persiapan sangat penting, semua aspek diambil kira kerana dalam mana-mana pertandingan sekali pun, persediaan dari segi mental amat penting,” katanya.

Marsha juga mendedahkan kini dia dalam proses merakam lagu yang mungkin diterbitkan dalam satu album pada tahun ini.

Sementara itu, Nabila Razali yang juga fi nalis AJL ke-38 turut berkongsi pendapat sama tentang persiapannya naik ke pentas nyanyian berprestij tanah air itu.

PERSIAPAN AKHIR

“Sangat gementar, belum naik pentas saya sudah gementar, tetapi ia perkara biasa dalam pertandingan.

“Apa-apa pun kita melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal serta memberi tumpuan,” katanya.

Tidak memberi harapan yang tinggi, pelantun lagu Pematah Hati itu cuma mahu melakukan yang terbaik dalampersembahannya kelak bersama-sama Khai Bahar menerusi lagu Selagi Ku Ada.

Manakala artis tempatan Sarawak, Daus Eli juga tidak kurang sibuknya dalam menyiapkan single terbaharunya berjudul Terukir Namanya yang dijangka dikeluarkan selepas Aidilfi tiri tahun ini.

Mengulas lanjut, kata Daus, lagu itu dilengkapi dengan elemen rancak sekali gus mengembalikan hit lagu lamanya.

“Kita mahu mengimbau kembali zaman 2020 untuk lagu hit yang menyebabkan semua pendengar ingat dengan lagu rancak, kita cuba masuk elemen seperti lagu sebelum ini,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU