ARTIKEL

Teruskan usaha tuntuk hak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mesti meneruskan usaha menuntut semua hak yang terhakis termasuk mendapatkan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Adun Kota Sentosa Yap Yau Sin berkata, kerajaan juga perlu memastikan Putrajaya telus dalam menyediakan maklumat mengenai formula perkongsian hasil 40 peratus menurut Perkara 112C dan sub-seksyen 2( 1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

“Secara ringkasnya, Jadual Kesepuluh merupakan perkongsian hasil yang perlu dibayar kepada setiap negeri berkenaan mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Sarawak masih ketinggalan berbanding dari segi pembangunan infrastruktur dan ekonomi.

“Itulah sebab Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan penting kerana ia akan membenarkan kajian semula untuk dijalankan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak demi kepentingan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 bagi Penggal Pertama, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, Sarawak perlu mengambil kira keperluan kewangan dan hak negeri untuk pembangunan dan kemajuan holistik yang masih kurang berbanding dengan Tanah Melayu.

“Antara sebab perlunya geran khas tersebut adalah untuk memenuhi aspirasi dan keperluan Sarawak bagi pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang lebih cepat,” katanya.

Yap ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, semalam.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU