ARTIKEL

TETAMU TERPILIH 936 jemaah Sarawak tunai haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Labbaikallahumma Labbaik, Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik.

Bacaan talbiah itu bermaksud: “Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah aku memenuhi panggilan-Mu.”

Mungkin tidak semua yang bertuah menerima ‘lambaian Kaabah’ pada musim haji, namun pasti ia menjadi saat yang dinantikan oleh umat Islam.

Di Sarawak pada tahun ini seramai 936 jemaah haji terpilih menunaikan ibadah itu menurut Tabung Haji. Malah, jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu 397 jemaah.

Ini disebabkan limitasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang ketika itu masih mengehadkan kawalan pintu masuk sempadannya ekoran pandemik Covid-19.

Berbeza dengan tahun ini, pintu masuk sempadan antarabangsa negara tersebut dibuka penuh.

Ia sekali gus membolehkan para jemaah dari seluruh dunia dapat menunaikan haji termasuk Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

Baru-baru ini, pada 14 Jun lalu, kumpulan pertama jemaah haji Sarawak yang terdiri daripada 142 jemaah berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan feeder pada 11.20 malam sebelum menaiki penerbangan MH8166 pada 4.40 pagi dan tiba di Jeddah pada 8.35 pagi (waktu Arab Saudi).

Baca lain  Arab Saudi jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempat meluangkan masa bertemu para jemaah pada hari tersebut.

JAGA DIRI

Dalam ucapan ringkas semasa Majlis Pelepasan Jemaah Haji Negeri Sarawak di Raia Hotel & Convention Centre, beliau menasihati para jemaah untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik Sarawak. 

“Jemaah haji harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,”kata beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar juga mengingatkan jemaah haji untuk terus menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di Tanah suci.

Beliau turut mendoakan jemaah haji Malaysia agar dapat melaksanakan ibadat haji dengan tenang dan sempurna serta pulang dengan haji makbrur. 

Bagi musim kali ini, bermula 14 hingga 16 Jun 2023, sebanyak lima penerbangan domestik menerusi Malaysia Airlines membawa para jemaah haji Sarawak.

Baca lain  Kursus Asas Fotografi

Setibanya di KLIA mereka melalui proses Makkah Route iaitu pemeriksaan Imigresen serta Kastam Kerajaan Arab Saudi sebelum menaiki penerbangan sewa khas haji untuk ke Tanah Suci.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,