ARTIKEL

Texas nombor satu di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Atlet Muaythai muda Sarawak, Texas Jeremy Lo mencipta sejarah tersendiri apabila menduduki ranking pertama Malaysia.

Bintang yang berusia 15 tahun dan semakin menyerlah kredibilitinya ketika ini berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Muaythai Pro Remaja Dan Senior Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Putrajaya Ahad lalu.

Perlawanan secara sistem ‘round robbin’ membabitkan tiga peserta, Texas memulakan pertarungan dengan menentang wakil dari Johor, Akid Mikdam yang menyaksikan beliau tewas dalam pertarungan tersebut.

Bagaimanapun, beliau bangkit pada pertarungan kedua selepas menyingkirkan peserta Terengganu, Wan Muhd. Nazreen.

Dengan lawan yang ditewaskan Texas tidak dapat meneruskan perlawanan round robbin, maka keputusan antara Tewas dan Akid adalah seri dengan masing-masing mencatat satu kemenangan.

Texas Jeremy Lo dan Akid Mikdam bertarung sekali lagi bagi menentukan pemenang untuk merebut tali pinggang Remaja Malaysia dan kesudahannya dimenangi oleh Texas Jeremy Lo.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim yang gembira dengan prestasi hebat dipamer Texas Jeremy Lo berkata, kejayaan diperolehTexas merupakan penanda aras terbaik buat atlet bayangan SUKMA untuk pergi dengan lebih jauh.

“Syabas kepada Texas Jeremy Lo apabila bergelar atlet Muaythai remaja nombor satu negara.

“Segalanya bukan mudah…beliau telah berusaha dengan gigih selama ini dan menyertai pelbagai pertandingan sebelum sampai ke tahap ini,” tegas Jumaat.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan