MET GALA 2023 sememangnya memberi banyak momen menghiburkan daripada selebriti Hollywood seperti lipas di atas permaidani merah, Doja mengiau sehinggalah perlakuan Teyana Taylor membawa bekal.
Penyanyi rap Amerika Syarikat, Pusha T merakam gelagat Teyana Taylor membawa makanan sendiri berupa ayam cencang ke acara Met Gala 2023.
Video di Instagram Pusha T itu melihatkan Taylor membawa makanan segera ke Met Gala dengan kapsyen “Teyana Taylor memalukan saya.”
Dalam video itu juga, Pusha T menunjukkan Taylor makan sesuatu yang kelihatan seperti ayam, kentang goreng dan sos sambil rakan artis lain iaitu Usher ketawa di sebelahnya pada acara tersebut.