ARTIKEL

TH gantung lesen Emraz Travel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu. 

Menurut TH, institusi itu sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk  perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Menurut kenyataan itu, TH tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara. 
– Bernama

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU