ARTIKEL

Thailand salur 3.6 juta Baht, sokong tugas UNICEF di sempadan Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Thailand menyumbang 3.6 juta baht (100 baht = RM12.79) kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bagi menyokong program kemanusiaan khususnya dalam cabaran kesihatan awam di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara menyampaikan sumbangan itu kepada Wakil UNICEF ke Thailand, Kyungsun Kim.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menjelaskan sumbangan kewangan itu akan menyokong aktiviti Unicef berkaitan imunisasi ibu dan anak, program WASH (Air, Sanitasi, dan Kebersihan), serta pemakanan di negeri Kayin dan Kayah Myanmar, yang bersempadan dengan Thailand.

“Ia menggariskan peranan konstruktif Thailand dalam menyokong kerja-kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta komitmen Thailand untuk menyokong usaha kemanusiaan di Myanmar.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan sistem kesihatan awam di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, yang akan memberi manfaat kepada rakyatnya yang tinggal di kawasan sempadan ini,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan