ARTIKEL

Thailand yakin jadi tuan rumah terbaik Sukan SEA 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Thailand yakin negara itu akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025 dengan jayanya dengan meneliti semua aspek penganjuran yang bakal berlangsung di tiga bandar utama negara itu – Bangkok, Chonburi dan Songkhla, dari 9 hingga 20 Dis 2025.

Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), Gongsak Yodmani, memberi keyakinan tentang persediaan, selaku tuan rumah, diaturkan secara rapi bagi memastikan temasya dwitahunan edisi ke-33 itu berjalan dengan lancar.

Katanya, mereka mempunyai beberapa penginapan dan juga kemudahan sukan bertaraf dunia, justeru tidak akan membina infrastruktur baharu tetapi sebaliknya mengubah suai atau menaik taraf kemudahan sukan yang sedia ada termasuk venue utama, Stadium Rajamangala.

Selain venue pertandingan, katanya, mereka tidak merancang membina Perkampungan Sukan bagi menempatkan atlet dan pegawai kerana bercadang menginap mereka di asrama universiti atau hotel di tiga bandar tersebut.

“Tiada infrastruktur baharu kerana kami cuba melakukan segala-galanya dalam bajet yang terhad, tetapi ia mesti dilakukan dengan standard yang tinggi (pengubahsuaian tempat).

— LAGI

SEA-THAILAND (GONGSAK) 2 (AKHIR) PHNOM PENH

“Kami yakin boleh menyediakan persiapan terbaik bagi setiap negara untuk datang dan menikmati bukan sahaja pertandingan tetapi juga layanan dan keharmonian kami kepada seluruh delegasi dan kontinjen negara ASEAN,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Gongsak berkata mereka masih belum memuktamadkan bilangan acara sukan dan venue yang akan ditampilkan kerana ini akan dibincangkan kemudian dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

Bagaimanapun, beliau membayangkan kebanyakan acara sukan akan berlangsung di Bangkok manakala acara sukan air di Chonburi dan bola sepak dan sepak takraw di Songkhla.

Sukan SEA 2025 merupakan kali keenam Thailand menganjurkan temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir pada edisi 2007 di Nakhon Ratchasima.

Sebelum ini, SEAGF memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027, dikuti Singpura pada 2029. — BERNAMA

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.