ARTIKEL

Presidential candidate Tharman Shanmugaratnam greets his supporters while waiting for the Presidential election results in Singapore on September 1, 2023. (Photo by Roslan RAHMAN / AFP)

Tharman Presiden baharu Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi Pilihan Raya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat.

Mantan Menteri Kanan itu menerima 70.40 peratus undi, sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd, Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Cooperative Ltd, Tan Kin Lian (13.88 peratus).

Keputusan itu tidak jauh berbeza daripada keputusan kiraan sampel yang diumumkan lebih awal sekitar 10.45 malam, pada Jumaat.

Di Facebook, Tharman mengatakan beliau benarbenar berasa terharu dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pengundi dalam Pilihan Raya Presiden itu.

”Saya percaya pada undi yang diberikan untuk saya dan perkara diperjuangkan adalah undi keyakinan bagi Singapura sendiri, dan kita mampu maju bersama-sama dan saling menolong sebagai rakyat Singapura,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada calon lain yang menggembleng sepenuhnya usaha dan tenaga dalam kempen mereka dan menjadikannya sebagai pertandingan yang penuh bermakna.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tharman dan berkata bahawa beliau yakin presiden baharu itu menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

“Sebagai Ketua Negara, beliau mewakili kita di dalam dan luar negara, serta melaksanakan kuasa pengawasan, termasuk ke atas rizab negara dan pelantikan penting,” kata Lee dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman Pejabat Perdana Menteri, awal Sabtu.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua tiga calon yang tampil bertanding dalam Pilihan Raya Presiden itu.

Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66 tahun, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dengan 2019 dan sebagai Menteri Kanan Kabinet antara 2019 dengan 2023.

Peranan lain beliau termasuk Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dengan 2023 dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dengan 2023. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP