ARTIKEL

The Baram Bunch temui penonton Isnin ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: The Baram Bunch, sebuah projek animasi TVS bersama Creative Heritage and Innovation Community (CHIC) akan menemui penonton pada Isnin ini.

Animasi ini merupakan adaptasi daripada buku The Broken Tajau yang ditulis oleh Victoria Siaw.

Menurut TVS, The Baram Bunch dihasilkan oleh pelajar tahun pertama, kedua dan ketiga jurusan seni dan reka bentuk (SoDA) Swinburne dan dibiayai oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Buku dan cerita ini digunakan untuk melatih pelajar dalam menghasil animasi semasa bengkel yang telah dianjurkan oleh SoDA bersama SMG dan SMA pada Ogos tahun lalu.

Setelah satu bulan mengikuti bengkel yang dianjurkan, pelajar ini dipilih untuk menyertai penerbitan rintis berdasarkan buku tersebut dan keseluruhan proses penerbitan ini dihasilkan dan disempurnakan secara dalam talian dari kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, Pengarah Baram Bunch dan Pensyarah SoDA, Greg Wee berkata The Baram Bunch mengisahkan empat orang kanak-kanak berusaha untuk menyelamat megaliths dengan menceritakan kisah mereka agar tidak akan lenyap.

“Kami berharap agar kanak-kanak sedar akan keperluan untuk mengambil maklum
dan menceritakan kisah-kisah budaya mereka supaya dapat dipelihara.

“Penggunaan teknologi digital, telefon bimbit, video, internet – ini merupakan alat generasi masa kini, alatan yang akan membantu komuniti mengambil bahagian dalam ekonomi digital
baharu di Sarawak,” kata Greg.

Manakala Pengurus Produksi, Rahaf berkata dia dapat meraskan keindahan dan keajaiban yang sebenar semasa melakukan suntingan terakhir sambil menyaksikan animasi ini sepenuhnya.

“Usaha daripada setiap individu untuk menjayakan animasi ini dan perjalanan yang dikongsi bersama merupakan perkara yang bermain di minda saya semasa menyaksikan suntingan terakhir video ini,” tambahnya.

The Broken Tajau merupakan buku pertama yang telah ditulis oleh Victoria berdasarkan latar tempatan dan budaya di Sarawak.

Ia merupakan buku cerita kanak-kanak yang mengisahkan empat kanak-kanak daripada pelbagai bangsa (Iban, Kayan, Bidayuh dan Cina) yang menumpukan kepada keharmonian di Sarawak berlatarbelakangkan elemen tempatan yang banyak terdapat di Sri Aman.

Victoria, penulis The Broken Tajau berkata, animasi The Baram Bunch telah menghidupkan karakter dalam bukunya lantas memperluaskan akses kepada khalayak ramai.

“Saya berharap penonton-penonton akan menyokong animasi The Baram Bunch yang turut akan mendorong minat mereka untuk membaca The Broken Tajau,” ujar Victoria.

BERITA LAIN

Nathalie holscher kerja keras cari duit

BEKAS isteri kepada pelawak Sule, Nathalie Holscher,32, bekerja keras mencari duit untuk membesarkan anak sendirian kerana tidak mahu terganggu dengan bayangan bekas suaminya. Bagaimanapun, Nathalie

Agensi Woo-seok mohon maaf

»AGENSI Byun Woo-seok, Baro Entertainment mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna lapangan terbang semasa pelakon itu berlepas dari Lapangan Terbang Incheon pada

Fuji enggan kahwin muda

PELAKON dan pempengaruh Fuji atau Fujianti Utami, 21, tidak mahu menamatkan zaman bujangnya dengan berkata, dia masih terlalu muda dan mahu menikmati kehidupan sekarang. Bagaimanapun,

Peminat Sana Twice marah

TINDAKAN pengurus akaun media sosial jenama kosmetik antarabangsa yang menyokong komen negatif terhadap Sana Twice mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat artis ini.

Indra ingin habiskan masa tua di Australia

PELAKON Indonesia, Indra Bekti mengakui kehidupan rumah tangganya bersama-sama Aldilla Jelita kini semakin harmoni. Malah, dia mempunyai keinginan untuk membawa keluarganya berpindah dan menetap di

BERITA TERBARU