ARTIKEL

The Cats Buka Kempen Liga Super Dengan Tujuh Aksi Di Gelanggang Lawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyokong Kuching City FC perlu menunggu hampir empat bulan sebelum dapat menyaksikan aksi pertama The Cats di Stadium Negeri apabila pasukan itu hanya akan membuka kempen Liga Super Malaysia 2026/2027 di laman sendiri pada 12 Disember menentang Star City FC.

Sebelum itu, Kuching City dijadual mengharungi tujuh perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan bermula dengan aksi pembukaan musim menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 21 Ogos ini dalam cabaran getir aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Iskandar, Johor.

Berdasarkan jadual rasmi Liga Super, saingan The Cats seterusnya ialah menentang Kuala Lumpur City FC pada 26 Ogos, diikuti Kelantan Red Warrior FC (29 Ogos), Sabah FC (5 September), Melaka FC (12 September), DPMM FC (18 Oktober) dan Negeri Sembilan FC (20 November) – kesemuanya di gelanggang lawan.

Sementara itu, selepas aksi sulung di Stadium Negeri menentang Star City FC pada 12 Disember, skuad The Cats akan terus menerima kunjungan Selangor FC pada 20 Disember sebelum menutup kempen pusingan pertama dengan melayan Penang FC pada 30 Disember.

Pada 23 Disember, Kuching City dijadual beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super yang dijadualkan semula susulan komitmen pertandingan kelab Asia.

Kempen pusingan kedua pula bermula di Stadium Negeri apabila Kuching City menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC pada 9 Januari 2027, diikuti aksi tumpuan menentang JDT pada 26 Januari.

Selepas itu, The Cats akan melayan Sabah FC (20 Februari), Melaka FC (21 Mac), DPMM FC (4 April), Terengganu FC (23 April), Kelantan Red Warrior FC (7 Mei) dan Negeri Sembilan FC (13 Mei).

Bagi aksi di gelanggang lawan pada pusingan kedua, Kuching City dijadual bertemu Selangor FC pada 2 Februari, Star City FC pada 30 April, manakala perlawanan terakhir musim menentang Penang FC di Stadium Negeri Pulau Pinang masih belum ditetapkan tarikh oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Jadual Liga Super 2026/ 2027 yang dikemas kini pada 20 Julai turut mengambil kira kalendar Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, aksi Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE), Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2), FIFA Days serta penjadualan khas sepanjang Ramadan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan