ARTIKEL

The Nun II misteri valak hantui dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bagi peminat filem seram, The Nun II pasti antara filem yang dinanti-nantikan ramai.

The Nun II sekuel kepada The Nun yang ditayangkan pada 2018.

Filem ini mengisahkan tentang Irene dan kawan biaranya (nun) Sister Debra datang ke Perancis untuk mengetahui apakah yang berlaku dengan rentetan pembunuhan gereja berdarah di seluruh Eropah. 

Filem ini sekali lagi memfokuskan kepada watak Sister Irene lakonan Taissa Farmiga berhadapan dengan Valak/ The Nun. 

Dalam filem ini, Jonas Bloquet turut kembali sebagai Frenchie.

Filem The Nun II ini sambungan daripada filem pertama dan garis masanya bermula selepas empat tahun dari kejadian Sister Irene dan Pastor Burke melawan Valak di Romania.

Jump scare di The Nun II ini sedikit berbeza kerana kehadiran Valak diperlihatkan secara perlahan tetapi aksi Valak di luar jangkaan dalam filem ini. 

Dari awal filem hinggalah akhir filem, anda akan berasa seram dan berfikirapakah perkara yang sebenarnya Valak mahukan.

Watak Sister Debra lakonan Storm Reid mula diperkenalkan yang merupakan biarawati baru yang masih tidak percaya dengan mukjizat Tuhan.

Jika filem sebelumnya hanya memaparkan bagaimana Valak boleh datang ke dunia, The Nun II mengisi beberapa plot dalam filem sebelum ini.

Sebagai contoh, latar belakang keluarga Sister Irene yang memiliki ‘kebolehan’ berbeza daripada orang biasa turut ditunjukkan, alasan Valak datang ke dunia juga diketahui dan mengapa Valak menggunakan tubuh Maurice juga terungkai dalam filem ini.

Secara jujur, konsep yang cuba dibawakan filem ini menarik, tetapi jika lebih banyak aksi Valak menyerang pastinya lebih mengujakan.

Selain itu, terdapat kejutan di akhir filem yang menunjukkan Valak akan terus kembali menghantui dunia dan pastikan anda tidak keluar awal untuk mengetahui kesudahannya.

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU