ARTIKEL

THE WHARF tawar sewaan menarik, peluang pemilikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: The Wharf Condominium yang terletak di Miri menawarkan peluang pemilikan dan penyewaan hartanah yang menarik.

Digelar sebagai ‘vila di langit’, The Wharf dibangunkan oleh syarikat pemaju Interhill Property, cabang kepada pembangunan hartanah Kumpulan Interhill.

Terletak di kawasan Pusat Komersial Tebingan Miri, The Wharf juga berhampiran dengan hab runcit seperti Miri Times Square, Miri Marina dan pusat beli-belah untuk kemudahan gaya hidup tambahan.

Ketua Jualan dan Pemasaran Serantau Interhill, Gerald Sim berkata tawaran menarik itu diadakan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Ahli komuniti yang berminat untuk menyewa The Wharf dialualukan untuk meneroka unit sedia ada untuk berpindah.

“Unit-unit ini adalah di bawah seliaan pemaju bagi tujuan sewaan dan tersedia untuk diduduki dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Gerald, susulan lokasinya yang strategik, The Wharf turut mendapat banyak permintaan bagi cadangan penyewaan, bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi juga ekspatriat.

Setakat ini katanya, kadar sewa bulanan The Wharf mencecah sehingga RM4,000 sebulan, sekali gus menunjukkan bahawa pasaran sewa Miri adalah teguh, selain populariti The Wharf dalam pasaran sewa tempatan.

“Di samping itu, bilik kediaman kami yang serba lengkap antara 1,531 hingga 1,760 kaki persegi, adalah ideal untuk disewa oleh keluarga tempatan dan ekspatriat.

“The Wharf juga dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, kemudahan barbeku (BBQ) dan taman yang dilengkapi dengan pemandangan laut serta bandar yang mempesonakan.

“Untuk kemudahan tambahan, unit ini juga mempunyai tempat letak kereta berbilang tingkat, dengan setiap unit dilengkapi dengan dua ruang tempat letak kereta, selain kawalan keselamatan selama 24 jam,” ujarnya.

Bagi yang berminat untuk membeli hartanah itu, Gerald turut menasihatkan supaya mendapatkan segera, susulan unit terhad yang dikeluarkan oleh pemaju bagi tujuan jualan.

“Selain pakej yang ditawarkan, para pelanggan yang membeli The Wharf bermula sekarang hingga 29 Februari 2024, berpeluang membawa hadiah menarik, dengan setiap pembelian sebagai sebahagian daripada pakej istimewa kami sempena Tahun Baharu Cina,” katanya.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman Wharf Condominium di https://the-wharf.com.my/ atau hubungi +60 14 929 6399 (Kelvin), +60 17 279 7388 (Ali) atau +60 12 535 7228 (Ann) untuk urusan penyewaan atau jualan. 

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti