Tiada aktiviti keaganaan berskala besar di Sibu mulai esok

SIBU: Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan tiada aktiviti keagamaan berskala besar atau menghimpunkan orang ramai di surau dan masjid di bahagian Sibu berkuat kuasa esok (Sabtu).
MIS dalam satu kenyataannya sebentar berkata, ia susulan pelaksanaan PKP bagi bahagian ini yang turut berkuatkuasa esok.
“Berdasarkan perkembangan semasa wabak Covid-19 dan keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan PKP di bahagian Sibu, MIS memutuskan semua aktiviti pengimarahan termasuk ceramah/kuliah/kelas dan lain-lain hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini di semua surau dan masjid di seluruh bahagian Sibu.
Selain itu, jurucakapnya berkata, solat Jumaat dan solat lima waktu boleh diadakan dengan had bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau.
Tambahnya, semua arahan tersebut berkuat kuasa mulai 16 Januari hingga PKP ditamatkan oleh JBPN.

Suara Sarawak