ARTIKEL

Tiada Bazar Ramadan di Sarawak tahun ini – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan dan bazar Gawai diadakan di negeri ini tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berikutan keputusan itu, beliau berkata peniaga dan pembeli di negeri ini digalak menggunakan transaksi jual-beli dalam talian atau e-bazar Ramadan bagi membekal dan mendapatkan makanan atau bahan keperluan semasa bulan Ramadan serta persiapan untuk Gawai yang disambut pada 1 Jun depan.

“Bazar Ramadan ini (biasanya diadakan) di kawasan bandar dan pinggir bandar. e-bazar Ramadan ini adalah satu usaha untuk memudahkan pembeli memesan makanan di bulan Ramadan, begitu juga Bazar Gawai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis simbolik penghantaran bantuan makanan kepada penduduk luar bandar di Miri, yang merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan negeri yang diumumkannya pada 23 Mac lepas.

AbangJohari berkata kerajaan Sarawak sejak beberapa tahun ini menggalakkan penggunaan teknologi telekomunikasi dalam semua bidang dan keperluan itu semakin ketara dalam keadaan negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,