ARTIKEL

Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet – MSN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai ’No Further Action’ (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan tersebut.

MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu selepas siasatan teliti dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MSN menerusi Jawatankuasa Salah Laku dan Pelindungan Dalam Sukan (JSPS) pada 26 Mac lepas.

“MSN menerusi JSPS telah menjalankan siasatan teliti, termasuk menemubual pelbagai pihak berkaitan.

“Hasil penelitian hasil siasatan, MSN menerusi cadangan diberikan oleh JSPS juga mendapati tiada sebarang asas atau saksi untuk menyokong dakwaan salah laku berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Justeru, MSN memutuskan jurulatih berkenaan diberikan semula tanggungjawab melatih perenang para negara yang sedang bersiap-sedia untuk temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam tempoh terdekat ini.
  
MSN dalam masa sama menjamin persekitaran selamat bagi semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendaliannya dan tidak pernah memandang ringan mana-mana aduan salah laku yang dikemukakan.

“MSN juga memiliki prosedur aduan dan siasatan menyeluruh serta telus, termasuk keutamaan melindungi privasi dan kerahsiaan semua pihak yang terlibat dalam mana-mana siasatan dijalankan.

“Sehubungan itu, MSN berharap semua pihak, termasuk media massa, memahami bahawa kesejahteraan mental dan fizikal atlet-atlet para sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada Februari lepas, media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet para bawah umur. 

Menurut laporan itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara berkenaan daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA). – BERNAMA

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU