ARTIKEL

Tiada caj tukar silinder LPG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: ADUN Bukit Assek, Chieng Jin Ek memberi jaminan bahawa tiada caj dikenakan bagi pengguna yang menukar MyGaz Sdn Bhd (MyGaz) (kuning) kepada PetrosNiaga Sdn Bhd (merah).

Menurutnya, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif PetrosNiaga, Charles Balang yang mengesahkan tiada caj untuk menukar gas petroleum cecair (LPG) daripada syarikat lain kepada PetrosNiaga.

“Hari ini (Rabu) saya mahu menjawab segala persoalan atau sebarang keraguan berikutan banyak aduan dan maklum balas yang diterima berkenaan perkara itu sejak beberapa hari lalu.

“Ramai yang mengadu bahawa pengedar enggan menerima LPG kuning untuk ditukar dengan silinder merah.

“Saya kemudiannya menyampaikan kebimbangan orang ramai di Sibu kepada Ketua Pegawai Eksekutif PetrosNiaga, yang memberi jaminan bahawa sebarang pertukaran oleh orang ramai adalah percuma,” tegas beliau.

Sementara itu, Datuk Michael Tiang Ming Tee menyarankan orang ramai supaya berurusan melalui pengedar sah PetrosNiaga untuk menukar silinder MyGaz mereka kepada PetrosNiaga.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II berkata, terdapat lapan pengedar sah PetrosNiaga di Sibu dan semuanya menerima silinder MyGaz kuning.

Tiang yang juga ADUN Pelawan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa terdapat silinder PetrosNiaga adalah mencukupi di pasaran dan tiada caj tambahan dikenakan untuk mereka.

Pengguna yang menghadapi sebarang masalah dialu-alukan melaporkan aduan melalui 1300- 822-122.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya melayari laman rasmi PetrosNiaga untuk maklumat lanjut.

Pengedar sah PetrosNiaga di Sibu dapat dihubungi di talian 013- 7771266, 019-8153884, 019-8899955, 013-8308538, 013-8246070, 019- 8893411, 019-8893411, 019-8893411, 019-8893411, 60993-5, 60935 dan 013-8308538. 

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta