PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Tiada cuti panjang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PRESIDEN Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, tiada cuti panjang diberikan kepada petinju sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Beliau berkata, petinju diingatkan agar sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh bercuti kelak. “Besar kemungkinan petinju akan diberi cuti selama seminggu untuk menyambut lebaran, ia tertakluk kepada keadaan semasa pandemik Covid-19,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Datuk Rahman berkata, pihaknya tidak mahu sebarang musibah timbul di sebalik kealpaan petinju mematuhi SOP. “Kami sentiasa mengingatkan petinju agar sentiasa mematuhi SOP untuk kebaikan diri,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini berlaku perubahan terhadap jadual latihan petinju sepanjang bulan Ramadan. “Latihan dijalankan seperti biasa, cuma rutin di sebelah petang sahaja ada perubahan iaitu dijalankan selepas berbuka puasa,” ujar beliau.

Perubahan jadual latihan bersifat sementara itu tidak menganggu fokus petinju sedia ada. Beliau yakin tahap kecergasan diri petinju dalam skuad terbabit juga mampu dikekalkan. Skuad tinju menyasarkan untuk sekurang-kurangnya meraih tiga emas.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Harga getah naik

KUCHING: Kerajaan bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP), Insentif Pengeluaran