ARTIKEL

BINCANG... Pertemuan Fadillah (dua kanan) dengan Hamzah (dua kiri) di Parlimen pada 19 Mac lepas.

Tiada draf perjanjian peruntukan kepada pembangkang seperti didakwa PN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, di Parlimen pada 19 Mac lepas.

“Saya tegaskan sekali lagi, dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.

“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka, malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut menggesa Ahli Parlimen (MP) Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, daripada Bersatu, yang membangkitkan isu mengenai draf itu, agar meminta dokumen tersebut daripada Hamzah.

“Cuba lihat draf itu wujud atau tidak,” katanya.

Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada MP pembangkang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan Ketua Pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.

Baca lain  Alice, Ramli dilantik timbalan YDP Dewan Rakyat

Menteri Komunikasi itu berkata Kerajaan Perpaduan telah meneliti perbincangan tersebut dan dijangka membuat tindakan susulan, termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan MADANI yang akan diadakan nanti.

“Buat masa ini, kita tidak dapat sesuatu yang substantif daripada pihak pembangkang, jadi kita kena ’go back to the drawing board’.

“Jika ada MP pembangkang yang merasakan perbincangan ini agak lambat, jangan salahkan kerajaan, (mereka) kena tanya kepada Ketua Pembangkang kenapa ia lambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia serta rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di sini hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland