ARTIKEL

Tiada gelombang hijau di Pahang, yang ada hanya gelombang biru dan merah – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BENTONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai petanda tidak ada “gelombang hijau” di Pahang. 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk jentera parti, sama ada daripada BN mahupun rakan dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Ini adalah petanda bahawa tidak ada gelombang hijau di Pahang dan yang ada hanyalah gelombang biru (BN) dan merah (Pakatan Harapan) yang semakin diterima rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya malam tadi.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah atas kejayaan calon BN Datuk Amizar Abu Adam dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Beliau juga berterima kasih kepada pengundi DUN Pelangai dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan itu termasuk jentera akar umbi di pusat daerah mengundi (PDM) serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong yang diterajui Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohammad Zaini Salleh.  

PRK DUN Pelangai menyaksikan Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas  memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud